"life is nothing without love..love is nothing without you.."

Tuesday, August 3, 2010

oh mengapa

tidak aku tau mengapa ini sering terjadi kepada diriku, tetapi bukan kepada orang lain. 
aku selalu tertanya-tanya, "Mengapa aku?" Malam ini, ia terjadi lagi. Alkisahnye:


Aku sampai umah pada pukul 10pm. Pabila aku ingin mandi, ibuku sedang menggunakan tandas. lalu, aku pun online lah sementara menunggu ibuku selesai di tandas. setelah setengah jam aku ber-facebook and bergayut, sudah tiba masanye untuk aku mandi kerana badanku sudah gatal-gatal.


secara tetiba, lampu tandas tidak berfungsi. asyik berkelip-kelip. telah kucuba on/off beberapa kali tetapi, tetap berkelip-kelip. perasaan bengang ku muncul. ditambah pula dengan badan yang semakin gatal, yang menandakan badan ku memerlukan curahan air dan sabun mandi sebagai ubat. dan tidak lupe juga, aku ingin sangat-sangat terkucil. 


aku di dalam dilema di mana aku sedang berfikir, perlukah aku mandi dengan pintu terbuka supaya mendapat cahaya dari lampu di luar tandas atau perlukah aku tutup sahaja? akhirnye, aku membuat keputusan untuk menutup pintu, khuatir jika tetiba ibu bapa ku dan adikku ternampak apa yang mereka sepatutnye tidak nampak. jadi, paham-paham jela. 


sedang aku bermandi, aku terbayangkan benda-benda yang tidak sepatutnye. aku membayangkan cerita-cerita seram yang mempunyai adegan-adegan di dalam tandas. aku semakin cuak! lantas aku cube untuk mandi dengan cepat. aku skip untuk syampu rambut. tetiba, lampu tandas aku tidak lagi terkelip-kelip. ia terpadam terus! semakin kuat aku membayangkan adegan-adegan dalam cerita seram. pada masa yang sama, air shower ku terhenti. dan aku dalam keadaan bersabun. oh betapa aku benci keadaan ini terjadi. aku terpaksa tunggu beberapa minit supaya air shower ku muncul kembali. 


oh kenapalah ini sentiasa terjadi pada diriku dan bukan ahli keluargaku yang lain??

No comments:

Post a Comment