Ada beberapa perkara yang saya memang TAK SUKA pasal orang dan beberapa perkara itu adalah:
- TAK SUKA bile orang TAK SIGNAL nak ke kiri or kanan. Bikin stress ok?
- TAK SUKA bile orang nak ke KIRI tapi SIGNAL KANAN atau sebaliknya. Perlu ke sekolah dan belajar kiri dan kanan ke?
- TAK SUKA bile orang di depan berjalan sambil menghayunkan tangan dia setinggi yang boleh. Lebih-lebih lagi kalo dia memegang payung. Hello, ada orang kat belakang awak tue.
- TAK SUKE bile orang di depan jalan sangat lembab!
- TAK SUKE bile ada orang yang kita kenal buat-buat TAK NAMPAK padahal dia dah nampak. Tak perlu lah menggelabah sangat.
- TAK SUKE bile orang lupe kawan bile dia dah ada kawan baru atau boyfriend/girlfriend baru. Bile dah susah baru terhegeh nak cari kawan lama la?
- TAK SUKE memandu di belakang lori atau bas. Tak nampak jalan. Tapi bas and lori nie tak reti nak memandu di lorong yang sepatutnya mereka memandu. HISH!
- TAK SUKE bile orang tue nak menipu tapi kantoi melalui Facebook or Twitter. Hello, kalo taknak kantoi, janganlah update status!
- TAK SUKE bile orang tak paham bahasa. Macam nak sekeh je kepala.
- TAK SUKE bile orang tue cakap lain, tapi dia buat benda lain lepas tue.
- TAK SUKE bile orang tue sangatlah riak atau berlagak tapi berpura-pura tidak berlagak. Hello, actions speak louder than words ok?
- TAK SUKE bile tengah tengok wayang, orang di belakang buat bising (i.e gelak, cakap kuat, bercerita pasal movie tue). Saya bayar tiket wayang mahal bukan untuk dengar awak bising atau bercerita, paham?
- TAK SUKE kalo lelaki itu sangatlah kacak dan comel tetapi malangnya dia gay. Kenapa???
Orang sebegini bikin stress!
No comments:
Post a Comment